Cita-Cita
adalah impian. Impian untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang
diingini atau diminati.Masih saya ingat dahulu, ketika masih kanak-kanak
pelbagai cita-cita yang disebut ketika diajukan soalan oleh cikgu
masing-masing.
Ada yang bercita-cita menjadi seperti ibu bapa mereka, ada yang bercita-cita menjadi idola ikutan hati dan tidak kurang juga terikut-ikut watak televisyen terutamanya watak super-hero.
Genggam Cita-Cita | Photo: Google
Tapi itulah impian dikala sedang berada di bangku sekolah rendah.
Mungkin ada yang terlalu mengikut dan memang ada yang tidak realistik.
Namun setelah dewasa, masihkah kita punyai satu cita-cita yang realistik
yang sudah tersedia dalam hati. Atau masih tidak mempunyai atau
mengetahui cita-cita sendiri?
Bercita-cita tidak hanya bermaksud kepada kerjaya kita suatu hari kelak.
Bercita-cita juga bermaksud mendapatkan sesuatu yang kita
idamkan. Tapi, tahukan kita kenapa bercita-cita sebenarnya amat penting
dalam kehidupan?Tahukah cita-cita penting dalam menentukan hala tuju, motivasi diri dan arah hidup? Benar amat sukar untuk mengapai sesuatu, tapi kita boleh lakukannya dengan kuasa bersabar dan mulakan dengan sedikit-sedikit.
Jadi, saya senaraikan 5 sebab kenapa perlu kita punyai cita-cita.
5 sebab kenapa perlu bercita-cita
1. Tumpuan - Dengan bercita-cita ia akan menjadi satu tumpuan atau fokus dalam mendapatkan sesuatu dlm kehidupan. Seperti sebuah perjalanan, tentunya kita punyai tujuan dan lokasi yang telah telah ditetapkan. Hidup tanpa arah seperti kapal layar hilang layar. Hilang arah dan tujuan.
2. Rancangan- Sudah mempunyai fokus dan objektif? tentunya kita akan dapat merangka pelan atau rancangan untuk mencapainya. Sememangnya merancang penting dalam mencapai sesuatu. Tanpa merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal.Tanpa merancang kita tidak akan mengetahui apakah risiko yang akan dihadapi yang sememangnya bakal menjadi halangan kelak. Justeru, dalam mengejar cita-cita, sekaligus ianya mendidik dalam membuat satu rancangan atau pelan tindakan.
3. Kekuatan dan Kelemahan Diri - Dengan bercita-cita, kita akan mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri. Mengetahui kekuatan diri,adalah lebih mudah untuk mengekploitasikan kekuatan tersebut untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Pengetahuan tentang kelemahan diri, membolehkan kita untuk memperbaikinya setiap masa.
4. Sebuah kisah pengembaraan - Sering kita bangga dengan kisah-kisah pengembaraan kita. Memanjat gunung,terjun tebing dan menang sesuatu pertandingan. Namun, dalam mencapai cita-cita, itu juga salah sebuah pengembaraan yang penuh dengan liku dan cabaran. Bukan hanya sengaja untuk menceritakan, namun jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk masa depan kelak. Pengalaman berguna untuk diri sendiri sekaligus untuk orang lain.
5. Peransang - Hidup perlukan ransangan. Dalam apa pun keadaan juga untuk masa hadapan. Dengan tergengam cita-cita dalam tangan, ia akan menjadi sebuah peransang dan motivasi untuk mencapainya. Kita akan mencuba sekuatnya untuk memperoleh apa yang dimahukan bukan? Maka ianya akan mendatangkan satu momentum yang kuat dalam diri untuk terus berusaha dan berusaha.
Saya sendiri mungkin ada juga, pernah berhadapan dengan mereka yang tidak mengetahui apa cita-cita mereka. Mungkin seorang pelajar lepasan SPM, mungkin pelajar universiti dan mungkin juga graduan. Agak menyedihkan, tapi percayalah masih belum terlambat kerana selagi ada masa, selagi itu perjuangan boleh diteruskan.
Nenek Tua Yang Bercita-Cita
Agak keterlaluan jika saya katakan, di Barat usaha dan kejayaan seorang nenek untuk mendapat segulung sijil pelajaran pada umur yang sudah agak lanjut sepertinya sia-sia. Beliau tidak mungkin akan lebih produktif daripada para belia dan agak sukar untuknya mendapat kerja. Tapi kita sering jadikan ianya sebuah cerita kebanggaan dan motivasi bukan. Kenapa?
Kerana beliau mendapat kejayaan dalam mencapai cita-citanya. Dengan kekangan umur yang memungkinkan penurunan daya ingatan, beliau berjaya melepasi kekangan tersebut. Tambahan beliau tidak mengalah dalam mengapai kemahuanya. Selagi masih ada masa, beliau kejar juga impian untuk miliki segulung sijil. Sebuah kisah kejayaan yang membanggakan.
Justeru kita ambil contoh motivasinya, Tanamkan satu cita-cita dalam diri dan usaha untuk mencapainya, lihat macam mana diri kita akan bertindak balas dengan baik dan cuba untuk merancang sesuatu demi mencapainya. Sama ada untuk kerjaya suatu hari kelak atau apa-apa pencapaian atau impian yang ingin kita gapai!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar